,

(Video) Ustaz Ebit Lew Bawa Bantuan Bantu Kaum India, Ramai Yang Puji Usahanya


Bantuan tanpa mengira kaum dan agama, itulah yang ditunjukkan Ustaz Ebit Lew apabila tampil menghulurkan sumbangan di kawasan penempatan masyarakat berbangsa India.

Perkara itu dikongsi Ebit menerusi saluran YouTube rasminya baru-baru ini.

Hingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak 495,648 kali.

Menerusi video berkenaan, Ebit menyerahkan sumbangan seperti barangan keperluan dan wang perbelanjaaan.

"Sebak menangis tadi pergi bagi hadiah dan sedikit belanja kawasan saudara masyarakat India.



"Kita semua sebuah keluarga. Sayang pada mereka, mereka semua sudah tiada pendapatan dan susah.

"Ada seorang pakcik ni menumpang di sebuah bilik kecil dekat kilang bersama isteri.

"Dia lumpuh langsung tak boleh bergerak dan tiada kerja tak boleh bercakap. Mereka tiada rumah nak tinggal, saya cuba usahakan nak cari rumah untuknya. Doakan yer," katanya.


Selain itu, menurut Ebit dia juga turut berjumpa dengan seorang sami.

"Saya happy dapat jumpa tadi seorang sami baik orangnya.

"Panjang berbual tadi. Rasa mesra walau jumpa sekejap. Berkongsi rasa kasih sayang dan persaudaraan sebagai manusia," katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata kagum dengan cara dan penyampaian ustaz dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

Tidak kurang juga yang berasa sebak apabila melihat usaha murni berkenaan.




gempak.com