,

Que Haidar Pinjam Sut Angkasawan Linda Jasmin Keluar Beli Barang Dapur


Pelakon Que Haidar mencuri perhatian wargamaya apabila tampil dengan sut angkasawan sebagai persediaan untuk keluar memberi barangan keperluan harian.

Menerusi laman sosial Instagram, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 40, berkongsi beberapa keping foto untuk tatapan umum.






“Jap lagi nak pergi beli barang dapur. Dari pengkalan angkasa 1 dan akan mendarat di Dataran Palma. Dijangka mendarat jam 8.43 pagi esok.

“Membeli belah di Giant Ampang Point, doakan saya selamat mendarat semua sahabat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, difahamkan sut angkawawan tersebut sebenarnya merupakan kostum penari isterinya yang juga guru tarian terkenal Linda Jasmin.

“Baju ni daripada bilik kostum saya. Ada beberapa helai macam ni. Lepas Perintah Kawalan Pergerakan ni bolehlah sewa,” tulis Linda di ruangan komen.

Rata-rata pengikut terhibur dengan aksi Que bersama sut angkawasan isterinya di rumah.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 5,000 tanda suka daripada wargamaya. -gempak.com-