Umum sedia maklum kerajaan baru-baru ini membenarkan beberapa sektor beroperasi ketika fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk pengusaha kedai gunting rambut.
Bersetuju dengan kelonggaran tersebut, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kenyataan di Twitter memberikan beberapa hujah yang relevan untuk membantu membangunkan semula industri tersebut.
Namun, yang menjadi pertikaian netizen di media sosial apabila ada antara kenyataannya mengaitkan 'gunting rambut mampu mengurangkan tekanan darah tinggi'.
"Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini," tulisnya.
3. Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.
155 people are talking about this
Membidas kenyataan itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial yang tampil mengemukakan konteks sebenar kajian dari luar negara itu.
"Sebab tu kajian ni dinamakan "pharmacist-led intervention". Maksud nya ubat diberi. Ini lebih kepada kajian keberkesanan ubat.
"Ada beza "pergi barbershop terus turun BP (blood pressure) tanpa makan ubat" dan "pergi barbershop turun BP tapi makan ubat sebab nak encourage subjek kajian makan ubat secara berdisiplin".
"Secara kebetulan tempat kajian yang dipilih adalah barbershop di mana ada interaksi yang berterusan di antara pengunjung2 kedai tersebut," tulis pemilik akaun @tijanishere.
Justeru, ADUN berkenaan dinasihati agar membaca terlebih dahulu keseluruhan artikel terbabit bagi mengelakkan salah faham info berkaitan.
Bagaimanapun, mesej utama yang ingin disampaikan ADUN berkenaan adalah untuk mengurangkan kepayahan yang ditanggung peniaga dan rakyat.
Pengumuman tentang sektor yang dibenarkan beroperasi ketika PKP itu menjadi bualan hangat orang ramai dan ramai yang tidak bersetuju kerana dikhuatiri menjadi punca kluster jangkitan baharu Covid-19.
Bukan saja Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan itu juga dibantah oleh pengusaha dan Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA). -gempak.com-