Selepas mengadu sakit dada dan berpeluh, pengarah, pelakon dan pelawak terkenal, AR Badul dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad.
Menurut isterinya, Maizatul Othman, suaminya diserang penyakit jantung dan kini dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU), IJN namun berada dalam keadaan stabil.
Badul atau nama sebenarya, Armaya Aman Ramlie, 70, dikejarkan ke IJN pada pukul 4 petang.
"Dia mengadu sakit dada dan berpeluh-peluh ketika sedang menyiapkan skrip," kata Maizatul seperti dilaporkan portal berita MStar pada Isnin.
Pada masa ini, Maizatul berkata, doktor sudah memasukkan dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah seniman itu.
Badul merupakan pelakon yang mula menempa kemasyhuran sekitar tahun 1970-an dan masih aktif sehingga ke hari ini.
Anak kepada legenda perfileman Melayu, AR Tompel itu pernah membintangi filem-filem seperti Panglima Badol, Tuan Badul, Prebet Lapok, Darah Satria dan banyak lagi.
Sumber: Astro Awani / Mstar
Foto: The Star & Karangkraf

Credit to gempak.com